- Kisah saya alami ini memang seram sangat-sangat dan tak dapat dilupakan. Kisah ini terjadi tika saya pulang dari kerja lewat malam kerana berjumpa dengan "client". Biasalah saya ini kerja sebagai PR banyak berjumpa dengan "client". , rumah saya di Sengkang dan setiap kali saya akan ke kerja dan pulang dari perhentian bas yang sama di mana di belakang semak samun dekat dengan sebuah tempat meletak kereta bertingkat, itu pun saya harus jalan ke hadapan dan lat 3 blok baru flat saya.
Saya berhenti seketika, tak nak jalan kerana saya takut sangat. Saya menelepon pakcik saya yang tinggal berdekatan dengan blok saya agar beliau menjemput dan menghantar saya pulang. Di perhentian bas itu tak ada orang, memanglah sedikit sebanyak ada kenderaan yang lintas lalu tapi hanya Tuhan saja tahu betapa seram keadaan tu. bila pakcik menjemput saya pulang, dia menyuruh saya diam, jalan terus dan jangan toleh ke belakang, serta baca apa yang patut. Saya ikut kata pakcik. Bila saya sendiri masuk semak samun, meremang bulu roma saya, bau busuk yang dapat saya hidu.
Secepat kilat saya meneleponl pakcik, "Cik Yem, benda tu benda tu kat depan bilik ira!!!" Pakcik pun cakap :" Jangan khuatir aku ada kunci, kau jangan kemana-mana, jangan buka pintu bilik, kau hidupkan aje ayat ayat di PC kau." Saya apa lagi terus menghidupkan sekuat-kuatnya sampai pakcik ketuk pintu bilik saya. Syukurlah, pakcik ada, saya tak matikan lampu bilik, sebab takut sangat dan saya tak tidur sampai mak balik. Bila mak balik, saya ceritakan kisah ini padanya dan kakak. Mereka tau kerana mereka kata ini perkara pernah mereka dengar dari jiran-jiran. Kakak saya dan saya terus tidur.